Photobucket

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

blink2


About Me

Powered by Blogger.

The Broken Angel

The Broken Angel

River Flows in You ost Twilight


20 May 2011

Statistik pembuangan bayi

Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.Astaghfirullahalazim...
Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.
Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.ape laa na jadi dunia sekarang.
Kemaskini 
Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus) dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital.
Walaupun kini Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak memlebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, kes buang bayi terus berlaku di mana Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 127 kes, diikuti Johor 104 kes, Sabah 73 kes, Serawak 42 kes dan Negeri Sembilan 30 kes.
Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010

P/s : Khas pada remaja2 di luar sane,,jike anda dah GATAL sangat ye... kawen je laa dr wat dosa.... kasihani lah ibu bapa anda. peace.!

No comments: