Photobucket

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

blink2


About Me

Powered by Blogger.

The Broken Angel

The Broken Angel

River Flows in You ost Twilight


21 February 2013

Pontianak Bertenggek di Beranda

Tengku Aisyah merupakan kakak kepada baba saya, kira nya mak cik saya lah... Satu hari, beliau pulang ke kampung beliau, kire nye rumah pusaka arwah tok besar dgn tok kecik saya, di Kampung Melayu, Kluang, Johor. Biasa nya aunty chah memang akan tidur di bilik utama tingkat atas yang pada kebiasaan nya tidak berpenghuni dan selalu nya diguna kan sebagai bilik pengantin. aww! Rumah pattern lama, rumah atok tu merupakan rumah pertama yang didirikan di Kampung Melayu dan telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. So kat luar bilik utama tu, ade porch, kitorang panggil beranda, yang agak luas.

Dulu masa baba saya muda2, selalu lah mereka adik beradik buat makan2 sesama diorang dkt beranda tuh, tapi sekarang beranda tu dah tak digunakan lagi, cuma keluar kat situ untuk bersihkan je...

So nak dijadikan cerita, pada suatu malam yang sepi, Aunty Chah pun tidur lah seorang diri kat bilik utama tu, tengah sedap2 tidur, tiba2 beliau dapat rasakan yang tubuh beliau dihimpit, beliau tak dpt buka mata, tak dpt bersuara, cuma mampu membacakan beberapa potong ayat di dalam hati, baca pun dah tunggang langgang, dlm beberapa saat, beliau terlepas dari himpitan tersebut dan terus beristighfar serta membaca ayat kursi.  Tiba2 beliau terdengar bunyi sayap berkepak2 seperti seekor burung besar yang mengepak2 kan sayap nya, Aunty Chah membaringkan diri, lelap mata, terkumat-kamit membaca ayat dan tertidur.

Pada keesokan hari nya, kecoh sekampung, bas terakhir pada malam itu menyaksikan susuk tubuh pontianak bertenggek di beranda rumah atok.  Mereka semua yang berada di dalam bas menyaksikan kejadian tersebut, pontianak tu pun terbang ke belakang bas, ke atas, dan terus hilang dalam kegelapan malam dengan hilaian tawa yang mampu menegakkan bulu roma.

Adakah ianya merupakan makhluk sama yang menghempap tubuh Aunty Chah? Wallahualam...


~iNtAn~

Ponti ajar ponteng

Ayah aku asal Kedah,dalam keluarga Ayah aku yang adik beradik 7 orang,boleh kata la cuma Ayah aku ja yang hidup agak berjaya jugak la pasal tekun dok ngaji kat sekolah banding adik beradik dia yang lain,walaupun Ayah agak ketegaq (degil/keras kepala/nakal) dengan Wan aku.Tak boleh blah la bahasa orang sekarang,senang nak bagi hang pa faham.

Mungkin nak di jadikan dugaan untuk Ayah aku,satu pagi tu dia pi la sekolah naik basikal tua,gerek kot orang Kedah panggil basikal,ntah lupa.Dia pi waktu tanah dok tak berapa terang lagi(gelap-gelap subuh).

Kayuh dok kayuh rega dia tu,waktu tu tahun 60 an,kawasan kampung biasa la banyak pokok hutan tinggi-tinggi,ada la terdengar suara halus"pergi mana tu?gelap lagi ni,takda orang lagi lalu sini"

Ayah aku bila dengar suara tu mula-mula rasa heran la.Tapi orang tua aku ni memang jenis hati batu punya orang.Ayah berentikan basikal dan turun.Cari suara siapa tu.Tuh dia!!!!!Atas pokok tua tepi jalan tu Cik Pontianak duduk.Senyum-senyum.Hangpa rasa camna muka Cik Ponti ni?Ntah Ayah tak bagitau aku pulak benda tu dok jelma muka lagu mana.

"Jangan kacau la,aku nak pi sekolah,belajar rajin-rajin tak mau jadi macam hang"

Tu la ayat Ayah aku.Pastu dia terus blah dari tempat tu pi sekolah.Esok pagi pun dia tetap lalu jalan situ .Wan aku pun senyap ja bila dengar cerita Ayah aku.Apa nak kata?Ayah aku memang lagu tu.Dia nampak sekolah lagi penting.

IHSAN : http://seramketakutan.blogspot.com
~iNtAn~

Koleksi cerita hantu yang di alami keluarga penulis

Mak Long Tik

-Ibu saudara penulis ini sudah lali dengan kejadian-kejadian misteri.Dulu zaman mudanya beliau mengambil upah menoreh dihujung kampung.Waktu itu kampung kami baru mendapat bekalan elektrik.Ditengah-tengah kawasan kampung ada rizab TNB yang menempatkan beberapa menara penghubung kabel.

Mak Long Tik keluar menoreh waktu pagi buta sebelum Subuh lagi.Suatu pagi beliau keluarlah menoreh setelah suaminya berlepas ke Singapura untuk bekerja.Sedang berjalan-jalan dalam kegelapan malam,beliau ternampak sesuatu diatas sebatang pokok durian berhampiran menara penghubung kabel.

Sebiji mata besar,sebesar orang sedang merenungnya.Terasa mahu balik kerumah saja sebaik mata bertentang mata.Dikuatkan hati juga untuk menoreh demi mencari rezeki.

Mak Uda Katon

-Tinggal di penempatan Felda.Suatu malam sedang enak tidur,terasa pergelangan tangan Mak Uda seperti dibelit sesuatu.Dibuka mata dilihat lilitan rambut mengelilingi pergelangan tangannya.Hujung rambut terjurai dari tingkap diluar.Dikejutkan suaminya perlahan-lahan.

Beristighfar panjang Pak Uda melihat keadaan seram itu.Dibacakan doa barulah belitan rambut itu terbuka sebelum ditarik sesuatu perlahan-lahan keluar tingkap.Pontianak.

Mak Andak Kama

-Di penempatan Felda yang jauh terperosok kedalam hutan dikelilingi rancangan sawit,dulunya bekas hutan yang jauh daripada tangan manusia.Bila manusia masuk meneroka,maka penghuni asal hutan berkongsi tempat dengan manusia.
Satu malam waktu keluarga Mak Andak selesai makan malam dan melihat anak-anak membuat kerja rumah,pintu rumah diketuk orang.

Anak sulung keluarga pergi membuka pintu.Tiada sesiapa.Kali kedua pintu diketuk,anak sulung juga pergi membuka.Masih tiada orang.Kali ketiga semua penghuni rumah sudah berkelubung dalam selimut.Menggigil.

Arwah Mak Lang(Al Fatihah)

-Suatu malam,seorang anak arwah membuka tingkap biliknya.Panas betul malam itu.Setelah dibuka nampaklah seekor Pontianak hinggap pada sebatang pinang.Memanggil-manggil manja sambil tersenyum ngeri.

Hodoh tak ingat muka Pontianak tersebut.Keluar bilik lalu tidur bersama dengan arwah yang waktu itu masih kuat lagi.

Mak Cik Mendik(ibu Penulis)

-Kawasan sekeliling rumah juga kadang-kadang boleh menyebabkan sesiapa yang berkenaan berpeluang mengalami perkara misteri.

Ibu penulis waktu itu kecil lagi.Ibu ke belakang rumah mencari kakak-kakaknya.Berjalanlah Ibu hingga agak jauh ke belakang.Tiada sesiapa padahal didengar ada suara kakak-kakaknya dikawasan belakang tadi.
Bila mahu berpusing balik,dilihat rumah tiada ditempat asalnya.Denai kecil tempat berjalan juga sudah tiada.Kawasan yang sepatutnya dikuasai selok belok menjadi kawasan asing seasing-asingnya.Lama juga Ibu terperangkap dalam keadaan itu.

Mujurlah berbunyi seekor angsa peliharaan Atuk yang berhampiran membuatkan Ibu cuba-cuba mencari angsa tersebut.Berjumpa dan barulah keadaan kembali seperti biasa.

Mak Usu

-Dikawasan perumahan Mak Usu di Segamat.Sekumpulan anak muda sedang melepak.Sambil berbual dan bergelak ketawa sambil bertukar nombor telefon awek-awek sekolah yang gatal jantan dan jalanan,mereka melihat seekor Pontianak terbang laju kearah mereka.

Sambil mengepak-ngepak kain kafannya.Bertaburan semua lari.

IHSAN : http://seramketakutan.blogspot.com

~iNtAn~

06 February 2013

Cinta Untuk Sayang ku

Dari kali pertama aku hidup dengan kau, dugaan demi dugaan, da cukup buat aku menderita, tapi aku tetap bahagia, sejak dari mula lagi.  Dan rindu ini untuk engkau, bibir ini menyebut nama engkau, hati ini menyeru nama engkau.  Air mata sengsara ini, sedikit pun tidak mampu menghapuskan rasa cinta untuk engkau, api kemarahan ini, sedikit pun tidak mampu melahirkan bibit-bibit benci dalam hati aku untuk engkau.  Hanya engkau yang bertakhta menakluki hati nurani, jiwa dan ragaku. Aku bahagia sayang, aku cukup gembira bersama engkau, menjadi milik engkau, mencintai engkau, merindui engkau, menangis kerana engkau, aku tetap gembira, walau dalam hati, kesengsaraan dah lama bersarang, ku simpan jauh di lubuk hati, agar tidak terlihat di wajah. Kerana aku yakin, aku percaya, satu hari nanti, kau mampu membuat ku bahagia, lebih dari segalanya... Aku mencintaimu, dan aku bersumpah, tiada orang lain yang lebih kucintai selain engkau. :)

~iNtAn~