Dari kali pertama aku hidup dengan kau, dugaan demi dugaan, da cukup buat aku menderita, tapi aku tetap bahagia, sejak dari mula lagi. Dan rindu ini untuk engkau, bibir ini menyebut nama engkau, hati ini menyeru nama engkau. Air mata sengsara ini, sedikit pun tidak mampu menghapuskan rasa cinta untuk engkau, api kemarahan ini, sedikit pun tidak mampu melahirkan bibit-bibit benci dalam hati aku untuk engkau. Hanya engkau yang bertakhta menakluki hati nurani, jiwa dan ragaku. Aku bahagia sayang, aku cukup gembira bersama engkau, menjadi milik engkau, mencintai engkau, merindui engkau, menangis kerana engkau, aku tetap gembira, walau dalam hati, kesengsaraan dah lama bersarang, ku simpan jauh di lubuk hati, agar tidak terlihat di wajah. Kerana aku yakin, aku percaya, satu hari nanti, kau mampu membuat ku bahagia, lebih dari segalanya... Aku mencintaimu, dan aku bersumpah, tiada orang lain yang lebih kucintai selain engkau. :)
~iNtAn~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment