Tengku Aisyah merupakan kakak kepada baba saya, kira nya mak cik saya lah... Satu hari, beliau pulang ke kampung beliau, kire nye rumah pusaka arwah tok besar dgn tok kecik saya, di Kampung Melayu, Kluang, Johor. Biasa nya aunty chah memang akan tidur di bilik utama tingkat atas yang pada kebiasaan nya tidak berpenghuni dan selalu nya diguna kan sebagai bilik pengantin. aww! Rumah pattern lama, rumah atok tu merupakan rumah pertama yang didirikan di Kampung Melayu dan telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. So kat luar bilik utama tu, ade porch, kitorang panggil beranda, yang agak luas.
Dulu masa baba saya muda2, selalu lah mereka adik beradik buat makan2 sesama diorang dkt beranda tuh, tapi sekarang beranda tu dah tak digunakan lagi, cuma keluar kat situ untuk bersihkan je...
So nak dijadikan cerita, pada suatu malam yang sepi, Aunty Chah pun tidur lah seorang diri kat bilik utama tu, tengah sedap2 tidur, tiba2 beliau dapat rasakan yang tubuh beliau dihimpit, beliau tak dpt buka mata, tak dpt bersuara, cuma mampu membacakan beberapa potong ayat di dalam hati, baca pun dah tunggang langgang, dlm beberapa saat, beliau terlepas dari himpitan tersebut dan terus beristighfar serta membaca ayat kursi. Tiba2 beliau terdengar bunyi sayap berkepak2 seperti seekor burung besar yang mengepak2 kan sayap nya, Aunty Chah membaringkan diri, lelap mata, terkumat-kamit membaca ayat dan tertidur.
Pada keesokan hari nya, kecoh sekampung, bas terakhir pada malam itu menyaksikan susuk tubuh pontianak bertenggek di beranda rumah atok. Mereka semua yang berada di dalam bas menyaksikan kejadian tersebut, pontianak tu pun terbang ke belakang bas, ke atas, dan terus hilang dalam kegelapan malam dengan hilaian tawa yang mampu menegakkan bulu roma.
Adakah ianya merupakan makhluk sama yang menghempap tubuh Aunty Chah? Wallahualam...
~iNtAn~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment